Hola amigo! te quiero...

by - 1:38:00 PM


Hi korang. Ada tak yang dah buat preparation untuk puasa? Beli segala bahan-bahan/makanan untuk memasak waktu puasa nanti? Mana tahu yang nak berbuka dengan redvelvetcheesecake ke kan? haks. 

kawan vs sahabat

So based on the title below -cehhh- , 
apa yang korang faham? beza kawan dengan sahabat. 

"kawan ni stok-stok yang bila happy blah, bila susah baru cari. sahabat ni jenis manusia yang bawak kita kearah kebaikan gituhhh" -,-

Yang atas ni boleh pakai ke? Okeylah. Boleh pakai 69%. I sure mesti ramai yang dah ada sahabat or yang nak classy sikit bff kan? Annoying mana pun dia, buruk mana pun dia, even tak berharta pun korang tetap sayang kan. sebab apa? sebab dia ada waktu kau nangis. walaupun dia menghilang waktu kau bahagia// dia nak tengok kau bahagia act. As example, tangan kau baru melecur dan kau bagitahu dia and respons dia kat kau "haha, padan muka, tulah orang masak ikan bukan tangan ... blablabla " dan dia boleh membebel. dia actually care.
Sementara bersama. hargailah dia, anggaplah dia the only one yang kawan dunia, akhirat kita. Dia buat salah sekali/ tersilap langkah janganlah terus menghukum awak. teruskanlah bagi nasihat. dia boleh terima walaupun sakit hati. ya, kau sayang dia. be positives, amigo. Jangan dia buat salah, kau merajuk tak bertegur. itu tindakan kurang berpelajaran namanya.huh -,- nak merajuk bagai. *even aku pun selalu jugak buat benda yang kurang berpelajaran tu* haha. maaf kawan.


Okay last. mesti bosan kan? tahu. Part ni manusia mana yang nak tekan button (x) kat tab browser dah boleh tekan. if nak teruskan go on. 

Kepada kawan - terimakasih sebab ada time bahagia. time gila-gila. time mengutuk, time menjeling dan the best part is time kau makan daging kawan sendiri. terimakasih :)

Kepada sahabat - Aku tak kisah kau buruk ke, kau takde ig,wechat ke, kau taksuka lembut-lembut ke, kau apa-apa pun sebab aku tahu kau boleh buat aku gelak bila aku sedih. *girls muntah pls* terharulah sikit. Terimakasih sebab bila kau bahagia kau ada dengan aku, bila aku sedih kau pun ada dengan aku. Dengar segala maki-makian yang aku buat dekat manusia yang entah-apa-apa , yang support aku time jatuh tergolek-golek dalam laut china selatan *ha mengarut dah* , yang bagi aku makan dan yang bagi aku curi makanan kau *eh gurau*. Nak pesan satu je, janganlah terharu sangat ye dengan aku. haha.lol. Apa-apapun gracias, syukran, thankyou, terimakasih, amigosssssss... Alhamdulillah :)
Betapa untungnya kita kalau nama kita disebut dalam doa kawan kita :')
Te quiero, amigos *lovelove monyettutupmuka*

Assalamualaikum, bye.

Salam sayang,
Iffah Nadiah
04062016

You May Also Like

0 peeps