Friday, June 3, 2016

"Dia dah macam kakak saya..."


Dear Kak Irdina Amni bt Mohd Sholehen,

Masa akak baca ni mungkin Iffah dah takde pergi tinggalkan akak (left SMKSB for SMKATAHAP). Pergi bukan untuk selamanya tapi untuk berjuang mencari ilmu dunia dan akhirat *ececeh..better you go and take the pail now*. 

First day kat asrama baru, katil baru, bilik baru, kelas baru, sekolah baru , kawan baru, dormmates dan tempat baru bukan senang. Orang nangis dulu. Hmm tercari-cari takde ke kawan/dormmates macam dulu. 

Eh tak! *okay tarik balik semua*. 

Kat tempat baru. mestilah happy. kawan baru, katil baru dan segalanya baru bagi orang walaupun ianya bukan berkeadaan seperti baharu. Makan pun sedap. Happy gila, 
^^ okay semua tu tipu je.hmm.. 

First day kat sini dah rindu kak Dina. I miss all of your advices, jokes, laugh, voice and etc. Banyak benda kita buat sesama. Dari orang f1 sampai 02/04/2016 kita pergi dema sama-sama *even selalu menyibuk*, borak sama-sama, gaduh sama-sama, basuh baju sama-sama. *nak berapa banyak kali sama-sama ni?haha..lol* hampir semua bersama. 

Rindu, rindu kakdina sangat. 

and mesti kak Dina pun rindu orang kan? Eh perasannya. 

Orang tahu kakdina tetapakan baca jugak by hook or by crook. Orang rindu nak dengar nasihat kakdina everyday. bila balik sekolah. ada je cerita. bila cuti *kat asrama* ada je benda nak buat. Ingat lagi yang kita duduk kat balkoni dan acah-acah kat tepi pantai Gold Coast yang ada orang main jetski, tengok dolphin (imaginasi tinggi weh) dan certain manusia kat persisiran pantai. Dan ada pulak hakak dominos ni datang bawak koko krunch, meggi dan air milo untuk berpicnik. Tak pernah langsung nak lupa the best moment ni. 

Bila 28 March 2015, Umi ayah datang bawak cake birthday dan at last bila dah habis party ala-ala kada tu kita main sapu krim. Habis hantu krim. berjerawat muka, krim punya pasal. Malam tu pulak, bila tengah best-best lepak dan masuk bilik tengok omaigad tilam,bantal,selimut xde. wadda! acah-acah nangis. beria nangis. even action je. dan paling best part bila part nak call ayah. lol acah nak call sebab tilam hilang. dan prank korang semua hampir tak jadi. malam tu pulak I tidur atas kayu --' semua macam tanak hirau je. sedih hati I uolls. siap isi surat pindah lagi. haha. lol/nampaklah overact kat situ. dan dan paginya Kak Rabie (ketua dorm yang happening) kejut kata cikgu ada buat spotcheck tandas pepagi ni. huh -,- dah kenapa kut. pagi. rajinnya cikgu. then dia kata " Iffah ambik baju kat shower 2. ada baju Iffah." dengan mamainya pergi. masuk je shower. dushhhhh --'
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to you,
Happy Birthday to Iffah Nadiah,
Happy Birthday to you,
terharu kita kak. nak nangis. xmampu. haha. srsly, rasa di- appreciate gila. takpelah. pagi tu kita termandi awal. mandi air niler, kiwi, ubat gigi and byk lgi xthu. gatal badan bakhang..
Tak sangka this year sama bilik lagi. Dapat bilik sebelah tahun lepas. Happy dapat sama bilik dengan kakdina lagi. banyak story nak cerita. 

Masa Iffah bagitahu yang I akan pindah, kakdina nangis. selok. kita nangis sama2 dlm surau. semua pelik. Masing-masing tuduh yang Iffah buat kakdina. huh sediss. dan ini lagu favourite kakdina. orang ingat. 


Bila tiba hari yang dinanti-nantikan -,- *lol,skema kot*

My last day, semua nak buat sama-sama. Pada mulanya, Kakdina takleh nak hantar orang bila last time tu sebab ada kawad, tapi kita hanya merancang, Allah yang tentukan. Kakdina sempat. sempat sangat. Boleh bergambar/berborak lagi. Tak kuad bila tengok awak menangis. Orang pun nak menangis tapi kalau org nangis mesti semua nangis kan? *perasan je* Takpe masatu kita decide xmau nangis. Taknak. Tapi bila sampai kat guard, jatuh airmata. taksampaihatinaktinggalkansekolahyangajarertiberdikari. taksampaihatinaktinggalkankenalan. semua berat. 

Ingat lagi kakdina kata 
"Iffah jangan musnahkan harapann orang yang berharap dekat awak buat kali kedua." ;'(
Saya sedih kak. takkan lupa words tu. never. tapi Iffah takut, takut akan mengulanginya lagi. hmm. Terima kasih banyak ajar budak kecik ni erti tak manja, erti tak cepat melatah, erti pengorbanan, erti berdikari dan erti macam-macam lagi. hek -,-

Btw, tahun ni dah f3 kan. Belajar rajin-rajin. Jangan lupa usaha + tawakkal. Ingat Allah. Jaga iman, jaga mata, jaga hati, jaga diri. Jangan pernah sesekali putus harapan okey. Allah tu sentiasa ada. 'Adik' awak pun dah pindah sekali. Results PT3 nanti pastikan cemerlang kayh. I pray you all the best kadina. Doakan budak kecik yang kat sini jugak untuk PT3 next year.

Maaf atas segala salah-silap, kurang ajar, kasar bahasa sepanjang tempoh perkenalan kita. Terimakasih Allah even sekejap dapat kenal pun dah banyak makna. thankyou. gracias. syukran. arigato. toce2. <3 lovelove.
Kalau ada jodoh,
Kalau umur masih panjang,
Kalau takde apa-apa halangan,
In sha Allah kita jumpa lagi. 
Assalamualaikum.

Adik bilikmu yang nakal,
Nur Iffah Nadiah bt Jamiluddin
Vietroyan
Ex-SMK Seri Bera Batch 02
Ex-B202
Ex-B201

03/06/2016