Saturday, February 27, 2016

Rabiatul Adawiyah ( Perindu Cinta Sejati)

Salam sejahtera kepada yang sedang membaca.
Sebelum mula, nak tanya dulu eh. Ada tak yang dah beli buku Rabiatul Adawiyah by Zahiruddin Zabidi ni? Siapa yang tak beli lagi boleh pergi beli kat sini. Tak luak pun kalau RM17.10 tu beli buku islamik macam ni kan? 
Okey nak cerita ni, dalam buku ni terlalu banyak pengajaran daripada kisah Rabiah ni. Bayangkan ramai pemuda2 kota yang datang melamar Rabiah semua dia tolak dan Sultan pun datang nak melamar Rabiah tapi dia tetap tolak dengan cara baik. Rabiah kata dia takut dia tak ada masa nak berzikir dengan DIA yang ESA. 
Ha kalau nak tahu kisah yang lebih lanjut bolehlah rajin2kan tangan tu klik SINI untuk tempahan. Takpun cari je dekat mana-mana bookstores berdekatan. Nah baca sinopsis dulu,

Sinopsis

Rabiatul Adawiyah adalah wanita yang diangkat tarafnya menjadi wali. Punyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun sultan negara yang datang merisik. Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk Allah s.w.t. 

Kisahnya bermula dengan lahirnya sebagai anak keempat dalam keluarga yang miskin. Beliau dinamakan Rabiah yang bermaksud nombor empat. Beliau diuji dengan kematian ayah dan ibunya pada saat beliau masih muda. Tidak cukup itu, beliau diculik dan dijadikan hamba.

Tidak sedikit pun Rabiah kesal. Baginya, Allah s.w.t. tahu apa yang terbaik untuk dirinya. Tiada sebaik-baik pelindung selain Allah s.w.t. dan tiada sebaik-baik tempat mengadu juga selain Allah s.w.t. Sampai ke akhir hayatnya, Rabiah tersenyum pada saat malaikat maut hampir ke arahnya, kerana beliau sudah terlalu rindu kepada Kekasih hatinya.
Yang setia menulis,
K

No comments:

Post a Comment