'SAYA INGATKAN DIA GELANDANGAN GILA, RUPANYA...'

by - 8:26:00 PM



Seluarnya lusuh, berjambang, butang baju dada terbuka dan berselipar, sudah cukup untuk menggambarkan dirinya seperti seorang gelandangan yang kurang akal. Terjumpa pula di stesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) Kuala Lumpur, sah dia seorang gelandangan! 

Tetapi sangkaan saya meleset. 

Sedang saya masu ke pintu KTM, dia berhenti berjalan dan menegur saya dengan bahasa inggeris yang amat fasih sekali. Cuak saya, ingatkan ada orang gila yang menegur. 

Setelah dipandang benar-benar wajah beliau, masyaAllah. Doktor Saiful Ad-Daulah, pensyarah i'jazul quraan Fakulti Quraan dan Sunnah. Beliau yang ingin ke Port Klang mengambil bagasi-bagasi untuk dibawa pulang ke khartoum. 

Saya mencium tangan beliau di depan orang ramai sehingga semua terasa terkejut. Ya, ini kerana mereka semua mengandaikan beliau seorang lelaki India yang gila. Padahal di dalam dada beliau penuh ilmu usul quraan dan habis. Tanya sahaja makna pada perkataan-perkataan hadis, beliau akan menerangkan dengan penuh terperinci. 

Pensyarah yang tidak mempunyai kenderaan kecuali kedua kakinya. 

"Kenapa tuan keluar dengan berpakaian seperti ini?" soal saya pada dia.

"Saya hanya berpakaian kemas di hadapan pelajar dan universiti. Di luar universiti, saya hanyalah manusia biasa," katanya.

Semua mata tertumpu pada kami sehingga membuatkan beliau terasa malu. Masakan tidak, orang menyangka dia seorang lelaki India berstatus gelandangan sedang fasih berbahasa Arab.

Beliau sempat menghuraikan kepada saya beberapa hadis dan athar sahabat dengan penuh ilmu sambil saya membiarkan tren saya berlalu begitu sahaja kerana saya takut saya tidak mempunyai peluang keemasan bersama dengan beliau di masa akan datang. 

Beliau langsung tidak memandang ke arah perempuan, malah jalannya sentiasa menunduk. Jika pelajar yang rajin ke Surau Anggerik, beliau adalah jemaah harian di situ. 

"Saya tidak pernah menaiki kenderaan ke surau, malah saya ingin sentiasa berjemaah di sana tetapi apakan daya Zohor dan Asar memaksa saya berjemaah di surau fakulti," katanya. 

MasyaAllah, tidak tinggal solat jemaah.

Beliau memberitahu yang kontraknya dengan USIM sudah tamat dan akan pulang ke khartoum selepas mengambil bagasi di Port Klang. 

Hilangnya seorang alim mutiara ilmu di USIM. - Amir Zuhair | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Sumber : here!


You May Also Like

0 peeps