Friday, February 22, 2013

❦✿❦ BERDOSA KE KITA KALAU ORANG KECILKAN HATI KITA?? ✿❦✿

☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡☆彡
saya keliru sangat!!
Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa ??
Dan saya tanya ayah apa maksudnya..

Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: Aiikk... Tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur (>,<)' Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah. Anak: Ooooooo... Ok...(n_n)' Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap. Anak: oww..begitu..terima kasih ayah..^_^ ♥~Jadi,kesimpulannya..Jangan mudah terasa hati..Redhalah dengan setiap ujianNya..Allah takkan pernah hadirkan seseorang melainkan untuk mengingatkan kembali kita kepada yang Maha Esa..Maka,Redhalah dengan setiap ujian dariNya.. ~♥> "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu...Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu.SubhanAllah..


No comments:

Post a Comment